Sunday, July 26, 2009

LIKE A SHINING STAR

PAJA 2009 LIKE A SHINING STAR...

Begitu la yang aku dapat gambarkan bila berakhirnya PAJA (Juara Asyik 2009) malam yang tak dapat aku lupakan rasa bangga bila kemampuan masyarakat orang kita menyanyi cukup di kagumi dan ini menunjukkan Orang Kita juga sudah mampu dan generasi 'Mai Hik' masa kini sudah lebih terbuka dan cukup tinggi keyakinan diri dan juga kemampuan sudah setaraf masarakat lain...

26 Julai 2009, 8.30 mlm di TV2, Muzik Aktif (Astro 180) dan juga di Radio Malaysia Asyik fm. malam yang cukup meriah dan lebih gamat lagi sokongan para penonton yang hadir memenuhi Auditorium Perdana dan para penonton yang tak dapat masuk ke Auditorium perdana boleh menonton tayangan skrin besar di Auditorium P.Ramlee bersebelahan dengan Audiorium Perdana..


Juara pada malam itu jatuh kepada Mazuan Bah Gajah, naib juara Maznah Majid dan juga tempat ketiga jatuh kepada Wah Moliz Bah Long yang masing-masing menyanyikan lagu Hanya dirimu dalam hatiku (Pencipta - Anizan), Aku Disini (Pencipta - Arman), Bintang (Pencipta - Long Ehsan). Lagu 'Bintang' juga di tabalkan selaku Lagu Terbaik pada malam pertandingan akhir Juara Asyik 2009 itu mendapat habuan RM3'000 dan juga sijil dan trofi.

Tahniah kepada semua pemenang, dan juga kepada Long Ehsan 'one of my fren', tak sangka macam tak percaya pun ada...ape pun lagu Long memang ada kelainan dan the 'Originality' lagu itu mungkin telah menambat hati juri-juri untuk memilih lagu long sebagai lagu terbaik. dan juga vokal mantap Mazuan juga yang menabalkan dia sebagai Juara Asyik 2009. dan tak kurang Wah Moliz yang menyanyikan lagu 'Bintang' dengan baik...dia kata (Wah Moliz) susah nak 'catch up' lagu Long Ehsan...tapi apepun usaha anda (Long Ehsan) berbaloi juga sebab dah pun jadi lagu terbaik...begitu juga dengan Maznah Majid yang menyanyiakan lagu aku di sini dan jika tidak kerana sayang...vokal dia yang bersahaja..dan bijak mengalunkan lagu-lagunya menyebabkan berjaya di nobatkan sebagai naib juara...syabaz dan tahniah kepada mereka!!

dan kepada peserta yang tidak berjaya, saya kira mereka juga tidak kurang hebatnya..cuma adat pertandingan mesti ada kalah dan menang..di harapkan bakat-bakat mereka ini jangan hilang begitu sahaja...sudah terbukti mereka juga hebat...


Tahniah juga pada semua krew yang terlibat...langsung atau tak langsung dan tak lupa juga to; Amran..Gimik 'Pokos' pada malam tu...dan watak yang ko cipta untuk PAJA 2009 ini memang menjadi beb!! aku support & Salute!! pada bakat korang..lain dari yang lain ...

To All moga succes always...dan pada Mai Hik ;

Majulah Orang Kita...

Aborr...

1 comment:

  1. Thanks bagi komen pasal PAJA 2009 yang telah berlansung pada malam tadi (26/7/09) tak sangka sempat gak bagi komen lepas PAJA eak...satu tulisan yang bagus...juara PAJA pun ada membaca blog awak ne (mazuan) huhuhu aku tengah update ne jangan lupa melayarinya...

    ReplyDelete