Saturday, July 18, 2009

Debaran JA

JA Kembali Lagi...Juara Asyik 2009 kali ni mengetengahkan penyanyi solo dan juga komposer dikalangan masyarakat Orang Asli. Pertandingan Akhir Juara Asyik akan berlangsung pada 26 Julai 2009 (Ahad) 8.30 malam Di Auditorium Perdana Angkasapuri dan juga di bawa secara langsung di TV2, radio ASYIKfm dan juga Muzik Aktif Saluran 180 Astro...

8 Peserta berentap di pertandingan akhir ni...sumanya ada kelainan tersendiri...dan lagu-lagu yang dicipta oleh komposer dari masyarakat kita sendiri juga sgt baik dan tak keterlaluan untuk dikatakan antara yang terbaik dari mereka ini...kelainan dari segi muzik dan juga 'originality' juga menjadikan Juara Asyik Kali menampilkan kelainan kalau dibandingkan JA 2007 yang mengetengahkan 'band-band' dari masyarakat orang kita...



Yang lebih menarik lagu yang dihasilkan oleh komposer-komposer ini masing-masing mempunyai kekuatannya tersendiri dan tidak hanya menampilkan satu genre muzik sahaja yang sebelum ini hanya muzik bergenre 60'an menjadi pilihan mereka..tapi kali ini muzik orang nampaknya sudah menampilkan kelainan...
Diharap penyanyi-penyanyi yang berjaya ke pertandingan akhir ini dapat berjaya seperti mereka-mereka yang juga berjaya di bintang RTM misalnya...tidak kurang hebatnya...jika kita lihat mutu nyanyian mereka adalah terbaik...Syabas dan Tahniah Orang Kita!! kerana melangkah satu lagi tapak yang baik..untuk memajukan industri Muzik di kalangan Masyarakat kita yang pastinya kita hanya minoriti di negara ini namun kita kaya dengan budayanya...begitu juga dengan idea-idea dari masyarakat kita pasti ada kelainan dan juga keunikannya...


Jangan lupa suma..Saksikan Juara Asyik Solo 2009!!!



Anda Pasti Terpegun...hu..hu..


Lain Dari Yang Lain...

ASYIKfm...

No comments:

Post a Comment