Sunday, August 30, 2009

52 Tahun Merdeka

Selamat Menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke-52 tahun, syukur kita kerana negara kita masih aman damai sehingga hari ini, namun kita juga sebagai generasi baru inilah bakal berdepan tugas untuk mempertahankan kemerdekaan kita ini...

Kita lihat berbagai cara untuk menyambut, ada yang buat sembahyang hajat, ada yang bergembira berkumpul di tempat-tempat tumpuan orang ramai untuk menyambut detik 12 malam ambang merdeka dan ada juga cuma duduk diam kat rumah untuk menyambut hari merdeka bertemankan Televisyen dengan menonton rancangan menarik yang disiarkan sempena hari merdeka..dan macam cara..lain lagi..

Bagi aku hari merdeka tetap sama sejak aku dari kecil..pagi 31 Ogos aku menonton perarakkan hari kemerdekaan, tak tau memang dari dulu aku akan menonton TV pada pagi 31 Ogos...mungkin bagi sesetengah orang lebih suka keluar jalan-jalan atau bersama kawan-kawan tapi bagi aku di rumah juga dah ok....terpulang pada diri masing-masing mana satu yang menyeronokkan dan mana satu yang anda lebih suka.

Apa pun cara sambutan 31 Ogos merdeka ini yang penting kita dah mencecah 52 Tahun negara kita merdeka, diharap kita dapat mengekalkan kemerdekaan ini, dan diharap kepincangan kecil daripada rakyat yang sengaja menghangatkan keadaan tidak lagi berlaku..tak tahu apa yang mereka perjuangkan yang pasti mereka ini hanya ingin sesuatu yang sensasi dan merugikan diri sendiri...apa yang mereka dapat aku pun tak tau...ada cara yang lebih baik dari itu tapi mereka memilih cara yang menyusahkan...diri mereka sendiri..

Harap kita terus berjuang pertahankan kemerdekaan kita, yang penting jangan lupa asal usul kita..jangan hanyut dengan sedikit kesenangan yang kita dapat, sesekali kita kene menoleh kebelakang untuk melihat apa yang tercicir sehingga kita di suatu ketika mungkin kita sedar diri kita telah kehilangan sesuatu yang baik yang pernah kita buat dahulu...dan kita telah meninggalkan amalan itu...

**Salam 1 Malaysia**
***Salam Kemerdekaan***

Tuesday, August 18, 2009

Perjalanan...hidup...

Hidup diteruskan..tambah lagi sehari ku hidup...tambah lagi satu hari aku teruskan hidup..aku hidup..aku hirup lagi udara ini...aku sedar aku perlu teruskan hidupp selagi aku bernafas...aku terus...aku buat terus...aku jalankan terus...tanpa berfikir apakah aku harus terus...aku tek perlu fikir apakah aku perlu teruskan hidup kerana aku dah diberi peluang untuk hidup...masalah datang..pergi...aku harung..aku tempuh..aku selesai...aku...hadap..aku rasa masalah...aku tempuh..jangan lari...jangan elak...ada

Friday, August 7, 2009

Takziah Untuk Arwah dan Sekeluarga


7 Ogos 2009, Pukul 4.30 Petang


Kami Staff dan tenaga kerja di Radio Malaysia Asyikfm di kejutkan dengar berita kematian Ismail Ombong atau lebih dikenali sebagai DJ Pak Cu di Radio Malaysia Asyikfm...


Di Kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Takziah kepada Keluarga Arwah...memang satu kehilangan besar kepada kami staf di Asyikfm dan juga kepada semua pendengar-pendengar Asyikfm..Beliau telah lama berkhidmat di sini lebih 30 tahun yang lalu...
Gambar di atas adalah antara gambar terakhir saya bersama dengan nya...yang sempat saya ambil pada 21 Julai 2009 yang lepas...
Moga Rohnya Dicucuri rahmat...sama-sama kita berdoa, dan Ucapan Takziah Khasnya kepada semua Ahli keluarga Beliau...dan terutama isterinya Azizah Mat (Mak Cu) bersabar dalam menempuhi dugaan hidup..sesungguhnya ini ujian dari Tuhan...
Salam Takziah...
Dari Hardy...dan semua Staff ASYIKfm...

Sunday, August 2, 2009

Bulan Kemerdekaan....

Halo...

Kali ringkas jer...

Bulan ni dah masuk bulan Ogos, bulan 8, Bulan merdeka..dll la..macam-macam kan orang panggil bulan ni sebab bulan nie bulan kemerdekaan kita bagi rakyat malaysia..dalam lebih 50 tahun kita merdeka ni, masih ada diantara kita yang tak brape nak merdeka???

kenapa yek??? pelik jugak...kita negara demokrasi...kita ada saluran yang betul jadi kita gunakan...dan kepada yang memberi saluran pun biarla...telus..kadang aku tak brape stuju kalo wat 'Picket' ramai-ramai kasi penuh jalan dengan orang/wat kecoh itu ini..mengganggu orang jer...cuba bende ni jadi kat diaorg yg kecoh-kecoh tu macam ne?

kita ada undang-undang...ape pun harap jadikan la ini satu hikmah..satu cabaran untuk negara kita, mujur lah pemimpin hari ini masih berjaya membawa negara kita ke arah dan ke jalan yang betul...kita masih hidup aman, cuma segelintir je, yg aku rasa mereka ni just nak menghuru hara kan keadaan...dan tidak berfikir sebelum bertimdak, dan mereka juga tak berani kerana benar...sebab mereka tidak jelas hala tuju sebenar mereka, kalo berani bukan itu caranya..ada banyak cara yang lebih bagus/baik dari menyusahkan orang yang takde kene mengena..

he..he..takde pe, just want to share my opinion la...biar cool hajak...jangan over dalam ape-ape pun...janji bende jalan dan ikut saluran yang betul..

ok sempena bulan kemerdekaan ni...aku nak umumkan yang in next time akan ada satu blog baru khas untuk rakan-rakan 'My Hik' menyerlah bakat dan juga muzik diaorg..korang leh download lagu dan juga tau info-info baru pasal band-band baru dan juga indstri hiburan 'My hik' kalangan Orang Asli...ni..yang penting rakan-rakan group/artis my hik kita ini sudi bekerjasama...untuk menjayakan 'project' ni...

Piece fm

hu..hu..aborrr...