Sunday, August 30, 2009

52 Tahun Merdeka

Selamat Menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke-52 tahun, syukur kita kerana negara kita masih aman damai sehingga hari ini, namun kita juga sebagai generasi baru inilah bakal berdepan tugas untuk mempertahankan kemerdekaan kita ini...

Kita lihat berbagai cara untuk menyambut, ada yang buat sembahyang hajat, ada yang bergembira berkumpul di tempat-tempat tumpuan orang ramai untuk menyambut detik 12 malam ambang merdeka dan ada juga cuma duduk diam kat rumah untuk menyambut hari merdeka bertemankan Televisyen dengan menonton rancangan menarik yang disiarkan sempena hari merdeka..dan macam cara..lain lagi..

Bagi aku hari merdeka tetap sama sejak aku dari kecil..pagi 31 Ogos aku menonton perarakkan hari kemerdekaan, tak tau memang dari dulu aku akan menonton TV pada pagi 31 Ogos...mungkin bagi sesetengah orang lebih suka keluar jalan-jalan atau bersama kawan-kawan tapi bagi aku di rumah juga dah ok....terpulang pada diri masing-masing mana satu yang menyeronokkan dan mana satu yang anda lebih suka.

Apa pun cara sambutan 31 Ogos merdeka ini yang penting kita dah mencecah 52 Tahun negara kita merdeka, diharap kita dapat mengekalkan kemerdekaan ini, dan diharap kepincangan kecil daripada rakyat yang sengaja menghangatkan keadaan tidak lagi berlaku..tak tahu apa yang mereka perjuangkan yang pasti mereka ini hanya ingin sesuatu yang sensasi dan merugikan diri sendiri...apa yang mereka dapat aku pun tak tau...ada cara yang lebih baik dari itu tapi mereka memilih cara yang menyusahkan...diri mereka sendiri..

Harap kita terus berjuang pertahankan kemerdekaan kita, yang penting jangan lupa asal usul kita..jangan hanyut dengan sedikit kesenangan yang kita dapat, sesekali kita kene menoleh kebelakang untuk melihat apa yang tercicir sehingga kita di suatu ketika mungkin kita sedar diri kita telah kehilangan sesuatu yang baik yang pernah kita buat dahulu...dan kita telah meninggalkan amalan itu...

**Salam 1 Malaysia**
***Salam Kemerdekaan***

No comments:

Post a Comment